Saturday, January 23, 2010

ARTIKEL JOURNAL TEKNOLOGI PENDIDIKAN DALAM MATHEMATIK

http://www.penerbit.utm.my/onlinejournal/44/E/JTJun44E5.pdf

Sinopsis dari artikel ini...

Sistem Algebra Komputer (SAK) merupakan teknologi yang dibangunkan untuk tujuan
penyelidikan Matematik dan juga sebagai medium dalam pembelajaran berasaskan komputer. SAK
dapat melakukan pengembangan, meringkaskan fungsi algebra serta bentuk graf dengan keupayaan
penukaran antara perwakilan simbolik, numerik, dan grafik. Kajian ini bertujuan untuk menyelidik
potensi kepelbagaian perwakilan dalam SAK bagi tujuan pembinaan pengetahuan bentuk graf fungsi
kuadratik. Tiga perwakilan yang dinamakan sebagai numerik, simbolik, dan grafik dikoordinasikan
oleh pelajar semasa membina pengetahuan tersebut. Penyelidikan ini menggunakan pendekatan
kualitatif terhadap 8 orang pelajar sekolah menengah di sebuah sekolah berasrama penuh di negeri
Terengganu. Data dikutip melalui pemerhatian, temu bual klinikal dan analisis tugasan bertulis hasil
suatu penerokaan terbimbing. Dapatan menunjukkan pelajar berupaya membina pengetahuan
bermakna tentang bentuk graf fungsi kuadratik dengan melakukan pengkoordinasian di antara
kepelbagaian perwakilan.

3 comments:

  1. Assalamualaikum..
    Pada pendapat saya, tajuk Algebra merupakan tajuk yang agak sukar difahami oleh kebanyakan pelajar.. Jadi, dengan adanya perisisan ini, guru boleh membantu pelajar untuk lebih memahami tajuk ini dengan lebih berkesan. Algebra menggunakan Komputer memerlukan proses perbincangan dimana guru mestilah membawa pelajar dalam sesi perbincangan, kaedah ini boleh kita kategorikan juga dalam 5 proses penyiasatan iaitu pemerhatian, menghipotesis, merancang penyiasatan, menterjemah dapatan dan membuat kesimpulan dan seterusnya berkomunikasi. Kesannya, dapat membantu pelajar mengadaptasikan apa yang dipelajari di dalam peperiksaan dan juga kehidupan seharian.

    ReplyDelete
  2. saya melihat SAK sebagai laluan yang bermakna kepada guru untuk membantu pelajar mahir dalam matematik terutamanya algebra. tapi klu sekolah takde kemudahan ICT dan perisian tu..susah jgk kan?...

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum...
    Pada pendapat saya,tajuk Algebra merupakan tajuk yang agak sukar difahami oleh sesetengah pelajar. Bagi pelajar yang pandai, mereka dapat menguasai tajuk ini.
    Dengan adanya Sistem Algebra Komputer (SAK), guru dapat membantu pelajar yang kurang mahir dalam tajuk algebra. Guru perlu menggunakan kaedah Inkuiri Penemuan di mana pelajar menghayati konsep Algebra menggunakan komputer melalui proses perbincangan dengan guru yang mana guru menunjukkan contoh khas seperti graf atau bentuk algebra.Guru juga boleh bertanya kepada pelajar.Dalam sesi perbincangan, terdapat 5 proses penyiasatan iaitu pemerhatian, menghipotesis, merancang penyiasatan, menterjemah dapatan dan membuat kesimpulan. Oleh itu, guru perlu menggunakan komputer dalam pengajaran Algebra kerana ia merupakan salah satu alat bantu mengajar.

    ReplyDelete