Wednesday, March 3, 2010

Sunday, February 7, 2010

Sains dan Teknologi- Puisi Sains

Sains dan Teknologi
Sesungguhnya hati ini tersentuh
kerana suatu waktu dahulu
langit di sini sungguh biru
demi masa … sesungguhnya manusia boleh berubah.
Darah dan air mata
tidak bernilai lagi dalam hati manusia
kerana sifat tamak dan haloba
telah menguasai diri.
Sains dan teknologi
telah digunakan untuk membunuh
manusia yang tidak bersalah
kerana peluru-peluru berpandu telah dicipta
untuk membunuh manusia lain.
Di sini langit tidak berseri lagi
air-air mengalir lesu
kerana langit telah dihitamkan
dengan kemajuan sains dan teknologi.

Tuesday, February 2, 2010

LORONG INFINITI-PUISI SAINS

Kekadang …
cerah lorong itu
diterangi jalur spektrum mentari alaf
kekadang …
kelam lorong itu
dilitupi kepulan komulonimbus tebal.
Kanan,
indah sungguh lamanmu
reranting ilmu menghiasi laman benakku
debunga niaga elektronik bertebaran
ilmu dikau entah di mana penghujungnya.
Kiri,
lamanmu sungguh jijik
kotor, hanyir dan busuk
bersepah di laman jarum-jarum porno
lopak-lopak virus
yang entah di mana vaksinnya.
Kanan,
salam pertemuan buatmu
sahabat kalam elektronik
hadirmu menemukan perspektif berbeza.
Salahmu atau akukah?
neuron-neuron keras bekerja
mencari rona jawapan.
www.karyanet.com.my

Saturday, January 23, 2010

ARTIKEL JOURNAL TEKNOLOGI PENDIDIKAN DALAM MATHEMATIK

http://www.penerbit.utm.my/onlinejournal/44/E/JTJun44E5.pdf

Sinopsis dari artikel ini...

Sistem Algebra Komputer (SAK) merupakan teknologi yang dibangunkan untuk tujuan
penyelidikan Matematik dan juga sebagai medium dalam pembelajaran berasaskan komputer. SAK
dapat melakukan pengembangan, meringkaskan fungsi algebra serta bentuk graf dengan keupayaan
penukaran antara perwakilan simbolik, numerik, dan grafik. Kajian ini bertujuan untuk menyelidik
potensi kepelbagaian perwakilan dalam SAK bagi tujuan pembinaan pengetahuan bentuk graf fungsi
kuadratik. Tiga perwakilan yang dinamakan sebagai numerik, simbolik, dan grafik dikoordinasikan
oleh pelajar semasa membina pengetahuan tersebut. Penyelidikan ini menggunakan pendekatan
kualitatif terhadap 8 orang pelajar sekolah menengah di sebuah sekolah berasrama penuh di negeri
Terengganu. Data dikutip melalui pemerhatian, temu bual klinikal dan analisis tugasan bertulis hasil
suatu penerokaan terbimbing. Dapatan menunjukkan pelajar berupaya membina pengetahuan
bermakna tentang bentuk graf fungsi kuadratik dengan melakukan pengkoordinasian di antara
kepelbagaian perwakilan.

Sunday, January 10, 2010

Assalamualikum semua